Luak Ulu Muar adalah merupakan bahagian daripada Luak Tanah Mengandung. Sebahagian besar Luak ini adalah berada di dalam Daerah Kuala Pilah. Pentadbiran Luak ini diketuai oleh seorang Penghulu Luak yang bergelar Kebawah Kaus Yang Mulia Dato' Bendahara Setia Maharaja, Setia Maharaja Lela Pahlawan 'Penghulu Berlantai Kulit' yang memerintah Luak Ulu Muar. Terdapat 12 suku yang mendiami sekitar Luak ini antaranya ialah Suku Serilemak Pahang. Suku Serilemak Pahang pula terbahagi kepada dua kumpulan di luak ini iaitu Suku Serilemak Pahang Dato' Baginda Maharaja (To' Gindo) dan Suku Serilemak Pahang Dato' Bangsa Balang (To' Sobalang). Asal Suku Serilemak Pahang ini sebenarnya adalah dari Sarilamak, Minangkabau, Sumatera. Penghijrahan mereka dikhabarkan bermula dari Minangkabau ke Siak, dan seterusnya melanjutkan perjalanan ke Johor sebelum bermukim di sekitar Pahang seperti di Mengkarak, Temerloh, Bentong, Ulu Tembeling, Raub dan Lipis. Kemudian mereka telah berhijrah ke Negeri Sembilan yang mana terdapat ramai orang Minangkabau telah bermukim di sana dengan menyusuri laluan di Luak Jempol dan seterunya ke Seri Menanti. Oleh kerana itulah suku ini diberi gelaran dihujungnya "Pahang" bagi membezakan antara suku Serilemak yang lain. Kebiasaannya setiap suku mesti mempunyai ketua sesuai dengan perbilangan adat yang mengatakan:
"Raja beralam,
Undang/Penghulu berluak
Lembaga berlingkungan
Buapak beranak buah
Anak buah bersuku-suku"
Bagi suku Serilemak Pahang (To' Gindo) Luak Ulu Muar, ketua yang memimpin suku ini adalah Dato' Lembaga yang bergelar Y.M Dato' Baginda Maharaja merangkap 'Serampu Lembaga dan Haluan Sembah' Luak Ulu Muar. Suatu masa dahulu Dato' Baginda Maharaja adalah merupakan "Ayah" kepada penghulu Luak Ulu Muar. Ini adalah kerana, ketika Luak Ini belum berpenghulu, Dato'-Dato' Lembaga di Luak ini telah sepakat untuk mengadap Penghulu Luak Inas iaitu Dato' Bayan bagi menyatakan hasrat untuk meminta seorang anaknya untuk dijadikan baka penghulu di Ulu Muar. Untuk memenuhi permintaan itu, maka Dato' Penghulu Luak Inas telah menghantar anak perempuannya iaitu Senduk Emas yang bersukukan Biduanda untuk dijadikan penghulu di Luak Ulu Muar dengan membawa gelaran Penghulu Berlantai Kulit. setelah kembali ke Ulu Muar, Senduk Emas telah dikahwinkan dengan seorang pemuda yang baik iaitu Khatib Akhir yang kemudiannya bergelar Baginda Maharaja dan telah ditempatkan di Padang Biawas, Sungai Layang, Seri Menanti. Hasil dari perkongsian hidup telah dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Naam dan kemudiannya telah dilantik menjadi penghulu di Luak Ulu Muar. Semasa Penghulu Naam masih kecil, segala tanggungjawab hal ehwal penghulu telah dipangku sepenuhnya oleh ayah beliau iaitu Dato' Baginda Maharaja Khatib Akhir. Apabila ada sahaja Dato'-Dato' mahupun rakyat yang datang mengadap Penghulu, maka haluan sembahnya itu tadi berdatang kepada beliau sambil Penghulu Naam duduk dipangkuannya. Atas jasa dan pengorbanan ini jugalah maka menjadi salah satu faktor beliau dikurniakan gelaran Dato' Baginda Maharaja 'Serampu Lembaga dan Haluan Sembah' yang kemudiannya menjadi jawatan pusaka Suku Serilemak Pahang.
Suku Serilemak Pahang adalah merupakan salah satu suku yang terbesar di Luak Ulu Muar. Ini adalah kerana, terdapat 6 perut yang berkembang di dalam suku ini antaranya ialah Perut Merual, Perut Kuala Parit Terachi, Perut Kampung Tengah, Perut Pilah, Perut Seberang Muar, dan Perut Pelangai. Setiap daripada perut ini diketuai oleh seorang Buapak yang mana organisasinya adalah seperti berikut:
Suku: Suku Serilemak Pahang,
Datuk Lembaga: Y.M. Dato' Baginda Maharaja 'Serampu Lembaga dan Haluan Sembah'
Buapak Perut Merual: Dato' Maharaja Kanda (To' Kando)
Buapak Perut Kuala Parit Terachi: Dato' Paduka Maharaja (To' Komajo)
Buapak Perut Kampung Tengah: Dato' Amar Pahlawan (To' Amar)
Buapak Perut Pilah: Dato' Paduka Seri Maharaja (To' Somajo)
Buapak Perut Kuala Parit Terachi: Dato' Paduka Maharaja (To' Komajo)
Buapak Perut Kampung Tengah: Dato' Amar Pahlawan (To' Amar)
Buapak Perut Pilah: Dato' Paduka Seri Maharaja (To' Somajo)
Buapak Perut Seberang Muar: Dato' Paduka Seri Raja (To' Sorajo)
Buapak Perut Pelangai: Dato' Paduka Seri Rama (To' Soramo)
Selain daripada Buapak terdapat juga jawatan lain yang membantu dalam melicinkan pentadbiran didalam suku iaitu Besar Waris ataupun Pegawai 99. Setiap perut di dalam suku ini mempunyai Besar Waris sekurang-kurangnya seorang. Selain dari membantu buapak, mereka juga sebenarnya adalah merupakan hulubalang istana yang mana mereka mempunyai tugas-tugas khas di Istana seperti hari ulang tahun D.Y.M.M Tuanku Yang DiPertuan Besar, hari Pertabalan Tuanku dan lain-lain.
Besar Waris Perut Merual: i) To' Mangku
ii) To' Sati
iii) To' Jonso
Besar Waris Perut Kuala Parit Terachi: i) To' Niko
Besar Waris Perut Kampung Tengah: i) To' Menteri Hakim
Besar Waris Perut Pilah: i) To' Gompo
ii) To' Alang
Besar Waris Perut Seberang Muar: i) To' Memperang
Besar Waris Perut Pelangai: i) To' Raja Pahlawan
ii) To' Hakim Menteri
Bagi memangku tugas Dato' Lembaga Suku Serilemak Pahang ini kebiasaannya adalah ditugaskan kepada Besar Waris sesuai dengan kata perbilangannya "Besar boleh menggapai ke atas, menyelok ke bawah". Peranan ini lazimnya diberikan kepada Besar Waris Perut Merual (perut yang tua) iaitu To' Mangku bagi memangku sementara tugas-tugas Dato' Lembaga sekiranya berlaku keuzuran atau perkara yang tidak dapat dielakkan untuk satu tempoh masa yang lama. Walaubagaimanapun, pemangku lembaga boleh juga dilantik Besar Waris daripada Perut-perut yang lain. Kemuafakatan para Buapak akan mengajukan Besar Waris yang mana boleh memangku sementara jawatan Lembaga kepada Dato' Penghulu Luak Ulu Muar bagi mendapatkan persetujuannya.
Besar Waris Perut Merual: i) To' Mangku
ii) To' Sati
iii) To' Jonso
Besar Waris Perut Kuala Parit Terachi: i) To' Niko
Besar Waris Perut Kampung Tengah: i) To' Menteri Hakim
Besar Waris Perut Pilah: i) To' Gompo
ii) To' Alang
Besar Waris Perut Seberang Muar: i) To' Memperang
Besar Waris Perut Pelangai: i) To' Raja Pahlawan
ii) To' Hakim Menteri
Gambaran organisasi Suku Seri lemak Pahang
Pemegang secara kronologi
Setiap perut yang dinyatakan seperti di atas mempunyai pertalian antara satu sama lain seperti berikut:
Perut Merual 'bertali' dengan Perut Kuala Parit Terachi
Perut Kampung Tengah 'bertali' dengan Perut Pilah dan
Perut Ulu Muar 'bertali' dengan Perut Pelangai
Sungguhpun begitu, setiap dari perut itu adalah bersaudara dan tetap dari satu alur yang sama.
Dato' Lembaga Suku Serilemak Pahang Luak Ulu Muar jni juga adalah merupakan salah seorang 'Orang Besar Luak'. Ini adalah kerana peranan Dato' Baginda Maharaja sebagai orang yang berkait rapat dengan keluarga Penghulu Luak Ulu Muar seperti yang telah diceritakan di atas. Seperti suku-suku yang lain, perlantikan Dato' Lembaga juga adalah mengikut giliran. Sebagai contoh, Perut Merual adalah yang paling awal dan kemudiannya akan pergi ke Perut Kuala Parit Terachi dan seterunya ke Perut Kampung Tengah dan kemudiannya ke Perut Pilah. Kemudian itu diikuti pula dengan Perut Seberang Muar dan akhir sekali adalah Perut Pelangai. Aturan ini akan berulang kepada yang awal apabila telah lengkap pusingan tersebut. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada perut yang bertali dan juga keadaan calon. Sebagai contoh, sekiranya Perut Merual tiada calon yang memohon maka Perut Kuala Parit Terachi boleh memohon dan begitu jugalah perut-perut seterusnya mengikut giliran. Semuanya ini bergantung kepada kemuafakatan antara Buapak-Buapak, Ibu-Ibu Soko dan Anak Buah sesuai dengan perbilangan adat menyatakan:
"Bulat air kerana pembetong
Bulat manusia kerana muafakat"
Kesepakatan sebegini amatlah perlu untuk mengelakkan wujudnya sebarang pertelagahan mahupun pertikaian antara satu sama lain dalam memutuskan sesuatu hal-hal yang berkaitan.
* Suku Serilemak Pahang Dato' Baginda Maharaja dan Suku Serilemak Pahang Dato' Bangsa Balang Dibolehkan semenda menyemenda antara satu sama lain.

1 ulasan:
Info yang menarik, terima kasih
Catat Ulasan