![]() |
Dato' Raja Pati Mohamed. Gambar dihadapan rumah beliau sekitar Julai 1940 |
Dato Raja Pati Mohamed Bin Ismail Bin Ibrahim P.P.N di lahirkan di Pelangai Kuala Pilah sekitar tahun1852. Beliau dari sebelah ibunya adalah dari Suku Sri Semelenggang Naning, iaitu salah satu suku dalam adat Pepatih yang berasal dari Negeri Naning.
![]() |
Keris Sepukal Tok Wak |

Mengiringi Yamtuan Besar Tuanku Muhamad Negeri Sembilan

Antara rahsia yang sangat disimpan ialah hubungan beliau dengan pahlawan dari pahang iaitu Mat Kilau dan Dato Bahaman. Ini dibuktikan melalui surat yang ditulis oleh anaknya Dato Dewa Sura Hj Habib kepada Utusan Melayu ketika isu kemunculan kembali Dato Bahaman atau Tok Guru peramu (19 May 1972). Ketika itu Usia Dato Raja telah menjangkau 120 tahun dan beliau telah memberikan beberapa tanda untuk mengenalpasti akan identiti Tok Guru Peramu itu. Dato Raja jugalah yang telah memberikan tanda-tanda pengenalan kepada Utusan Melayu ketika Mat Siam mengakui dirinya sebagai Mat Kilau. Tidak ramai yang tahu akan keakraban Dato Raja dan Pahlawan Mat Kilau. Mereka kerap berjumpa di hujung usia mereka sehingga dikatakan bahawa Mat Kilau telah memakai nama Dato Raja dan anaknya iaitu Mohamed bin Ibrahim sehingga keakhir hayatnya. Sungguh menjadi kebetulan yang tersurat bahawa umur ketiga-tiga pahlawan ini adalah panjang dan sebaya, Ilmu dunia dan akhirat mereka itu adalah dari sama ijazah dan jalan, iaitu mengenal Allah dengan Allah, Tarikatnya qadariah, amal -amal dan gaya-gaya mengamalkan sama jua. Ini diakui dan dicertakan sendiri oleh anaknya.
Dato Raja Pati Mohamad (duduk 2 dari kiri) bersama
anaknya Dato Dewa Sura Habib @ Ebrahim (baju hitam),
anaknya Dato Dewa Sura Habib @ Ebrahim (baju hitam),
Cucu serta Cicitnya. (Bemban sekitar tahun 1966)
Dato Raja Pati Mohamed menghembuskan nafas terakhirnya di Johol pada 24 November 1972. Diceritakan bahawa semasa hayatnya beliau mempunyai beberapa orang isteri yang berasal dari Dioh, Jemapoh, Pelangai, Kota Bahru Kelantan, Temerloh, Kg Sri Menanti Batu Pahat dan yang terakhir dari Kampung Pasit Johol, dimana beliau dimakamkan. Hanya dari isteri sebelah Senaling beliau mempunyai zuriat dan Dato Dewa Sura Habib adalah anak lelaki tunggalnya.
Sumber: http://habib-kzadzikry.blogspot.com/2011/05/blog-post.html