Social Icons

Pages

Khamis, Februari 11, 2016

Daftar Raja-Raja Bagi Kesultanan Islam Melayu Minangkabau & Negeri Sembilan

Senarai raja-raja yang pernah memerintah pada zaman Kesultanan Islam Melayu Minangkabau dan kaitannya dengan Negeri Sembilan.

Raja Alam Minangkabau:
1. Daulat Yang Dipertuan Sultan Alif (I) Khalifatullah, Raja Bagewang I, Yamtuan Bakilap Alam
2. Daulat Yang Dipertuan Sultan Syaiful Aladin, Yamtuan Pasambahan
3. Daulat Yang Dipertuan Sultan Ahmadsyah Iskandar Zur-Karnain, Yamtuan Berandangan
4. Daulat Yang Dipertuan Sultan Perkasa Alam - Pemangku Raja Alam
5. Daulat Yang Dipertuan Sultan Alif (II) Khalifatullah, Yamtuan Indermasyah Suruaso
6. Daulat Yang Dipertuan Sultan Bagagarsyah Alam, Yamtuan Jambang
7. Daulat Yang Dipertuan Sultan Raja Bagewang II - Pemangku Raja Alam
8. Daulat Yang Dipertuan Sultan Raja Gamuyang II, Yamtuan Raja Gamuyang
9. Daulat Yang Dipertuan Sultan Bagagar Alamsyah, Yamtuan Lembangan Alam
10. Daulat Yang Dipertuan Sultan Alam Muningsyah I, Sultan Abdul Jalil Zainal Ariffin Muningsyah, Yamtuan Bawang
11. Daulat Yang Dipertuan Sultan Melenggang Alam, Yamtuan Raja Naro I
12. Daulat Yang Dipertuan Sultan Alam Muningsyah II, Sultan Abdul Fatah Sultan Abdul Jalil I, Yamtuan Fatah
13. Daulat Yang Dipertuan Sultan Alam Muningsyah III, Yamtuan Basusu Ampek
14. Daulat Yang Dipertuan Sultan Abdul Jalil II, Yamtuan Sembahyang III - Pemangku Raja Alam
15. Daulat Yang Dipertuan Sultan Tangkal Alam Bagagarsyah, Yamtuan Hitam

Pemerintahan Raja Alam turut dibantu oleh Raja Adat di Buo dan Raja Ibadat di Sumpur Kudus atau turut dikenali sebagai Raja 3 Sela.

*YDP - Yang Dipertuan (Kebiasaan gelar untuk Raja Adat atau Raja Ibadat)


Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan:
1. DYMM Raja Melewar (Raja Mahmud), Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan I (Putera kepada Yang Dipertuan Sultan Abdul Jalil Johan Berdaulat, Raja Masa Bhumi)
2. DYMM Raja Hitam (Yamtuan Hitam), Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan II (Putera kepada YDP Raja Balamban ibni YDP Raja Kuasa III ibni YDP Raja Pingai ibni Daulat Yang Dipertuan Sultan Ahmadsyah Iskandar Zur-Karnain, Yamtuan Berandangan)
3. DYMM Raja Ali (Yamtuan Lenggang Laut), Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan III (Putera kepada Daulat Yang Dipertuan Sultan Melenggang Alam, Yamtuan Raja Naro I)
4. DYMM Yamtuan Radin Sunnah, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan IV (Putera Yamtuan Lenggang Laut)
5. DYMM Yamtuan Imam, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan V (Putera Yamtuan Lenggang Laut)
6. DYMM Yamtuan Antah, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan VI (Putera Yamtuan Radin)
7. DYMM Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan VII (Putera Yamtuan Antah)
8. DYMM Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan VIII, Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Malaysia I (Putera Tuanku Muhammad)
9. DYMM Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan IX (Putera Tuanku Abdul Rahman)
10. DYMM Tuanku Jaafar, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan X, Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Malaysia X (Putera Tuanku Abdul Rahman)
11. DYMM Tuanku Muhriz, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan XI - Sekarang (Putera Tuanku Munawir)

Keturunan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ini juga adalah kelangsungan dari Daulat Yang Dipertuan Sultan Alif (I) Khalifatullah, Tuanku Raja Bagewang I, Yamtuan Bakilap Alam iaitu Raja Alam yang pertama mendirikan Kesultanan Islam di Minangkabau dan sekali gus memegang Jabatan Raja Adat dan Raja Ibadat.

*DYMM - Duli Yang Maha Mulia (Gelar bagi Yang di-Pertuan Besar/Sultan/Raja di Malaysia)

Tiada ulasan:

 
Blogger Templates