Social Icons

Rabu, April 22, 2009

Watikah Perlantikan Mufti N.S Yang Baru

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan menyampaikan watikah perlantikan sebagai Mufti Kerajaan Negeri kepada Dato' Mohd Yusof Ahmad di Balai Kesenangan Merah, Istana Besar Seri Menanti Kuala Pilah, semalam. Mohd Yusof 64 , dilantik sebagai Mufti baru Kerajaan Negeri Sembilan berkuat kuasa 1 April lalu menggantikan Dato' Mohd Murtadza Ahmad.
Kepada Dato' Mufti yang lama iaitu Dato' Mohd Murtadza, diharap beliau akan sentiasa meneruskan perjuangannya seperti mana sewaktu beliau masih lagi menjadi mufti di Negeri Sembilan. Diharap juga selepas ini beliau akan lebih aktif lagi dalam usaha beliau untuk menyampaikan ilmu agama terutamanya kepada rakyat di negeri ini. Beliau adalah merupakan mufti yang cukup disenangi rakyat akan tetapi disebabkan ada pihak yang tidak menyukai beliau maka beliau diketepikan. Orang yang membuat penginayaan kepada ulama yang kita ketahui kedudukannya sebagi perwaris nabi, mereka-mereka ini akan mendapat pengajarannya kelak.

Rabu, April 15, 2009

Pertabalan Tunku Ampuan Besar N.S. ke-11

Kuala Pilah : Semalam telah pun di sempurnakan upacara perlantikan dan pertabalan YMM Tengku Aishah Rohani ibni Almarhum Tengku Besar Mahmud sebagai DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11. Pemilihan Tuanku Aishah ini telah dibuat dalam satu mensyuarat antara Datuk-Datuk Penghulu Luak Tanah Mengandung dengan Orang Empat Istana pada 21 Januari lalu sebelum mempersembahkannya kepada DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Istiadat di Balairong Seri Istana Besar bermula dengan Istiadat Pelantikan, apabila Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir melafazkan watikah pelantikan Tengku Aishah Rohani sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, diikuti dengan memakaikan tiara kepada permaisuri Baginda. Kemuadian diikuti pula tembakan meriam lapan das menandakan pelantikan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan. Selepas keberangkatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan meninggalkan Balairong Seri, Istiadat Pertabalan dimulakan dengan upacara mengadap oleh Datuk-Datuk Penghulu Luak Tanah Mengandong. Pelantikan dan pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan adalah istiadat penting yang kebiasaannya diadakan sebelum pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang dijangka berlangsung pada bulan Oktober ini.

Isnin, April 13, 2009

Istiadat Perlantikan dan Pertabalan Tuanku Ampuan Besar N.S.

Dimaklumkan bahawa pada hari Selasa ini (14 April 2009) akan diadakan satu majlis istiadat Perlantikan dan Pertabalan Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud sebagai Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan di Balairong seri Istana Besar Seri Menanti. Sebelum itu juga telah diadakan majlis santapan bersama rakyat di perkarangan Istana Besar Seri Menanti bagi meraikan rakyat sempena istiadat perlantikan dan pertabalan Tengku Aishah Rohani sebagai Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan yang turut dihadiri oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Permaisuri serta dua putera baginda iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al'Abidin serta kerabat. Majlis yang dimulakan dengan doa dan tahlil itu telah diketuai oleh Imam 1 Masjid Diraja Tuanku Munawir sempena memperingati kemangkatan Almarhum Tuanku Munawir dan Almarhum Tuanku Ampuan Durah. Majlis santapan secara bersila itu turut diserikan dengan persembahan nasyid dari kumpulan institut Tahfiz Al-Quran Gemenceh, Negeri Sembilan.
 
Blogger Templates