Social Icons

Pages

Rabu, April 15, 2009

Pertabalan Tunku Ampuan Besar N.S. ke-11

Kuala Pilah : Semalam telah pun di sempurnakan upacara perlantikan dan pertabalan YMM Tengku Aishah Rohani ibni Almarhum Tengku Besar Mahmud sebagai DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11. Pemilihan Tuanku Aishah ini telah dibuat dalam satu mensyuarat antara Datuk-Datuk Penghulu Luak Tanah Mengandung dengan Orang Empat Istana pada 21 Januari lalu sebelum mempersembahkannya kepada DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Istiadat di Balairong Seri Istana Besar bermula dengan Istiadat Pelantikan, apabila Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir melafazkan watikah pelantikan Tengku Aishah Rohani sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, diikuti dengan memakaikan tiara kepada permaisuri Baginda. Kemuadian diikuti pula tembakan meriam lapan das menandakan pelantikan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan. Selepas keberangkatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan meninggalkan Balairong Seri, Istiadat Pertabalan dimulakan dengan upacara mengadap oleh Datuk-Datuk Penghulu Luak Tanah Mengandong. Pelantikan dan pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan adalah istiadat penting yang kebiasaannya diadakan sebelum pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang dijangka berlangsung pada bulan Oktober ini.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Daulat Tuanku!

nak tumpang tanya..sekarang kediaman rasmi DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz di mana?..kat Istana BesarSeri Menanti ke kat maner?..terima kasih..

Tanpa Nama berkata...

Pelik rasanya bila melihat istiadat pertabalan dijalankan sedemikian rupa,kenapa shg terpaksa merangkak,hina sgtkah kita ini di hdpn raja2,hina kita hanya pd Allah,nabi Muhd SAW pernah dihormati sedmikian olh pr shbt,baginda lalu melarang..sepatutnya mufti kena keluarkan kenyataan membantah upacara sedemikian.jelas itu budaya Hindu,raja2 sbg penanung agama Islam mesti terkehadapan membela Islam, bukan mempertahankan budaya istiadat Hindu.CONTOHILAH PERMAISURI AGUNG YG SEMPURNA MENUTUP AURAT..RAKYAT AKAN BERTAMBAH HORMAT!.bukan saya anti raja,tapi anti kebiadaban sesama hamba Allah yg melampau..SEKADAR MUHASABAH

Tanpa Nama berkata...

Saya bersetuju dengan tanpa nama berkata walaupun saya pun kerabat di raja saya pun memohon agar seluruh pemerintah membuang adat yang salah dari segi hukum agama dan kekalkan yang tidak bercanggah dengan agama islam itu sendiri. Upacara yang dimaksudkan itu menjunjung duli tetapi mungkin boleh diubah dgn lebih baik lagi dan pihak mufti negeri boleh menegurnya tanpa rasa takut dan sultan blh terima teguran itu jika betul caranya.

koloparit berkata...

Apa yang saudara perkatan di atas itu benar, akan tetapi sikap orang melayu kita itu sendiri yang terlalu tebal hormatnya pada raja. Ini yang susah nak kita ketepikan dari kebudayaan masyarakat melayu kita ni. Kadang-kadang ada juga Raja tidak minta pun dihormati sedemikuan rupa. Walaubagaimapun budaya ini masih boleh diperbetulkan sekiranya semua pihak iaitu raja dan rakyat bersatu untuk memperbetulkan segala perkara yang berunsur negatif pada pandangan masyarakat melayu moden.

koloparit berkata...

Menjawab pertanyaan saudara mengenai kediaman rasmi Yang dipertuan besar N.S, dari info yang diperolehi kediaman rasminya adalah di Istana Besar Seri Menanti.

Putra Blog berkata...

SALAM,
Saya kurang bersetuju dengan pendapat saudara-saudara,bagi saya itulah caranya kita menunjukkan taat setia kita pada pada seseorang raja melayu.bukan maksud saya bahawa seseorang raja itu tunggi kedudukannya melebihi segala-segalan,tetapi dalam al-quran sendiri ada mengatakan raja itu wakil tuhan di muka bumi(zillul-lah fil alam),jika kerabat diraja pun tak mengerti betapa mulianya raja-raja melayu,bagaimana kita nak menerangkan pada rakyat untuk mencurahkan taat setia kepada raja??sesuai juga dengan maksud DULI itu sendiri iaitu DEBU,jadi tidak jadi salah jika kita harus merangkak sekalipun.jika dahulu sultan atau sesorang raja itu mempunyai daulat atau keramat tinggi,tapi tidak sekarang.jadi apa yang ada ini haruslah kita pertahankan kerana pembinaan sesebuah negara bangsa merujuk kepada pemerintah,dan kita harus bangga kita punya raja lagi yang penuh adat istiadatnya yang mungkin negara lain sudah kehilangannya.......

Bukan Raja berkata...

Saya juga tidak bersetuju dengan pandangan saudara pemuda, dalam Islam menghormati seseorang ada batasannya. Tidaklah sampai merangkak, itu tidak betul caranya. Raja pun hamba juga, kita pun hamba juga, maka hormatilah dengan cara atau kaedah yang betul. Kita sebagai rakyat mestilah taat kepada Raja atau pemerintah yang baik tetapi mestilah berpandukan kepada cara yang sesuai, Sedangkan Nabi S.A.W merupakan seorang Rasul yang diakui oleh Allah S.W.T akan kerasulannya tidak pernah meminta untuk dihormati sedemikian rupa. Hormatilah pemerintah seperti yang telah diajarkan di dalam Islam kerana kita semuanya adalah sama sahaja disisi Allah dan orang yang sebaik-baik disisi Allah ialah mereka yang bertakwa.

 
Blogger Templates