Social Icons

Pages

Isnin, April 13, 2009

Istiadat Perlantikan dan Pertabalan Tuanku Ampuan Besar N.S.

Dimaklumkan bahawa pada hari Selasa ini (14 April 2009) akan diadakan satu majlis istiadat Perlantikan dan Pertabalan Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud sebagai Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan di Balairong seri Istana Besar Seri Menanti. Sebelum itu juga telah diadakan majlis santapan bersama rakyat di perkarangan Istana Besar Seri Menanti bagi meraikan rakyat sempena istiadat perlantikan dan pertabalan Tengku Aishah Rohani sebagai Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan yang turut dihadiri oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Permaisuri serta dua putera baginda iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al'Abidin serta kerabat. Majlis yang dimulakan dengan doa dan tahlil itu telah diketuai oleh Imam 1 Masjid Diraja Tuanku Munawir sempena memperingati kemangkatan Almarhum Tuanku Munawir dan Almarhum Tuanku Ampuan Durah. Majlis santapan secara bersila itu turut diserikan dengan persembahan nasyid dari kumpulan institut Tahfiz Al-Quran Gemenceh, Negeri Sembilan.

Tiada ulasan:

 
Blogger Templates