Social Icons

Pages

Ahad, November 08, 2009

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia

Sekalung Tahniah diucapkan kepada pasukan Negeri Sembilan kerana telah berjaya menamatkan penantian selama 61 tahun untuk mengungguli piala Malaysia dan membawanya pulang ke Negeri Sembilan. Ini adalah satu hadiah yang besar kepada peminat bolasepak di seluruh Negeri Sembilan dan juga hadiah kepada DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir Yang juga berumur 61 tahun ketika baginda dimasyurkan dan ditabalkan menjadi Raja di Negeri ini...
Pada perlawanan akhir semalam, Negeri Sembilan telah mempamirkan semangat juang yang tinggi sehingga berjaya membenamkan cabaran Kelantan dengan jaringan gol 3 berbalas 1. Walaupun Stadium pada malam tadi dipenuhi oleh sebahagian besarnya penyokong Kelantan namum mereka berjaya menyerap segala tekanan tersebut dan dapat bermain dengan baik sekali. Disebalik kejayaan yang dikecapi oleh Negeri Sembilan ini terpalit sedikit kekecewaan kepada ribuan penyokong Negeri Sembilan kerana tidak dapat bersama-sama memberikan sokongan kepada pasukan Negeri Sembilan gara-gara kehabisan tiket perlawanan. Apa yang amat kita kesalkan ialah, kenapa tiket yang diperuntukkan kepada penyokong Negeri Sembilan terlalu sedikit sekitar 25 ribu sahaja sedangkan penyokong kelantan pula seramai 65 ribu. Kenapa perkara ini boleh berlaku? Apakah mereka yang terbabit ini hanya memikirkan keuntungan sahaja tanpa memikirkan perasaan dan kehendak penyokong Negeri Sembilan?. Kita sedia maklum bahawa Kelantan mempunyai ramai peminat bolasepak tetapi apa kurangnya Negeri Sembilan? Negeri Sembilan juga mempunyai peminat bolasepak yang fanatik, ini terbukti dalam 2 perlawanan akhir yang terdahulu dimana penyokong Negeri Sembilan Memenuhi ruang Stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan kesayangannya. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku lagi pada masa-masa yang akan datang kerana ianya akan menjejaskan reputasi FAM dan juga bolasepak tanahair. Tahniah sekali lagi kepada pasukan Negeri Sembilan kerana telah berjaya membawa Piala Malaysia kembali ke Negeri Sembilan.

Pencapaian Negeri Sembilan Setakat ini :

Piala Malaysia
Juara (2): 1948, 2009
N. Juara (2): 2000, 2006

Liga Super/Premier1/Division1
Juara (1): 2005/2006
N. Juara (1): 2007/2008

Liga Perdana/Premier2/Divison2
Juara (1): 1991
N. Juara (1): 2005

Piala F A
Juara (1): 2003

Peringkat Asian
Piala AFC
Peringkat Kumpulan: 2004, 2007

Tiada ulasan:

 
Blogger Templates