1. Mengetuai anak buah di dalam perut/suku
2. Menghadiri dan mengurus kenduri perkahwinan anak buah di tanah pusaka adat
3. Menyeraya (menyuruh) 2 orang semenda untuk menjemput adat dan pesaka (majlis akad nikah)
4. Meghadiri serta mengurus hari berkampung/Mengembang cincin/kayu berakar
5. Menghadiri majlis Berkhatan/Bertindik Daeng/Bercukur/Berendoi anak buah
Di dalam hal menerima cincin pertunangan bagi anak perempuan di dalam Luak Ulu Muar, kebiasannya urusan tersebut hanya dijalankan oleh orang tempat semenda (seadat) bersama dengan orang semenda (seresam) sahaja tanpa melibatkan Buapak. Walaubagaimapun, Buapak juga perlu dijemput menghadiri majlis doa selamat yang di buat terutamanya di dalam tanah pusaka adat. Setelah jamuan selesai, kebiasaanya Buapak akan terus meninggalkan majlis tanpa perlu menunggu kehadiran rombongan bertunang dari pihak lelaki. ini adalah kerana, urusan menerima cincin ini hanya diuruskan oleh orang Semenda dan orang Tempat Semenda sahaja.

6. Menyeraya (menyuruh) 2 orang semenda bagi mengantar cincin pertunangan untuk anak lelaki
7. Sebagai perantara anak buah dengan Lembaga dan dengan suku lain
8. Membantu Lembaga mengawasi dan menguruskan hal tanah pusaka adat
9. Mengurus serta menjalankan istiadat Berkodin Pinang Sebatang dan Aur Serumpun

10. Menyelesaikan gaduh-gadah anak buah
11. Mengetuai urusan perlantikan Ibu soko dan Besar Waris di dalam perut sukunya
12. Mengetuai anak buah dalam mencari mata benih Lembaga sukunya
13. Mempersembahkan mata benih Lembaga kepada Penghulu Luak
14. Mengetuai anak buah bagi menjalankan Istiadat Kerjan Lembaga sukunya
15. Menguruskan istiadat memulang pusaka Lembaga
16. Dan lain-lain urusan
Semua urusan di atas turut dibantu oleh Ibu Soko dan Besar Waris di dalam perut sukunya. Pendek kata, di mana sahaja urusan Buapak di dalam kawasannya, di situ jugalah adanya Ibu Soko bersama-sama dalam urusan tersebut.
Selain itu juga, Buapak juga turut membantu Luaknya di dalam program ajuran pihak Muzium dan Kerajaan Negeri Sembilan
Di dalam hal menerima cincin pertunangan bagi anak perempuan di dalam Luak Ulu Muar, kebiasannya urusan tersebut hanya dijalankan oleh orang tempat semenda (seadat) bersama dengan orang semenda (seresam) sahaja tanpa melibatkan Buapak. Walaubagaimapun, Buapak juga perlu dijemput menghadiri majlis doa selamat yang di buat terutamanya di dalam tanah pusaka adat. Setelah jamuan selesai, kebiasaanya Buapak akan terus meninggalkan majlis tanpa perlu menunggu kehadiran rombongan bertunang dari pihak lelaki. ini adalah kerana, urusan menerima cincin ini hanya diuruskan oleh orang Semenda dan orang Tempat Semenda sahaja.
Bagi lain-lain urusan di atas, Buapaklah yang akan memainkan peranannya di dalam urusan tersebut. ini bermakna, pihak tuan rumah perlu menjemput Buapak dengan membawa bersama Bujam Epok semasa datang ke rumahnya sambil menyatakan hasrat dan tujuannya. Sekiranya ada majlis yang ingin dilangsungkan di dalam tanah pusaka adat, maka Ibu Soko dan anak buah hendaklah memasang tabir lelangit, tabir lingkungan, menyediakan tikar rompok/tilam pandak, peminangan yang diisi dengan daun sireh, pinang, kapur, gambir, tembakau dan kemudiannya ditutup dengan tudung peminangan.
Mungkin ramai yang sudah lupa, semasa majlis berkhatan mengapa perlu dipasang tabir lelangit dan tabir lingkungan di tempat berbaring anak yang berkhatan tersebut?. Ini adalah kerana sesuai dengan perbilangan adat mengatakan:
"Kecil bernama, besar bergelar" (Bergelar Tempat Semenda)
Di dalam majlis berkhatan, tabir bukan sahaja dipasang pada tempat duduk Buapak, malahan tempat berbaring atau tempat bersunat anak yang baru berkhatan itu juga perlu dipasang tabir lelangit dan linkungan. Ianya bukan sahaja sebagai menutup malu anak tersebut dari pandangan orang lain, tetapi juga sebagai tanda memuliakan anak tersebut kerana telah dewasa dan kini sudah bergelar orang tempat semenda (pekmondo). Memandangankan berkhatan hari ini dilakukan secara moden, maka ramai orang tidak lagi mengambil peduli akan hal tersebut. Walaupun anak tadi berkhatan di Klinik, perlaksanaannya adatnya adalah sama sahaja kerana ianya mengandungi makna yang tersurat dan tersirat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan